Welcome to My Blogger, Lepas baca tinggalkan komen dan like-like sikit. Hehe. Jangan lupa Follow kita taw. Butang follow kat atas sebelah kiri ye ^_^"




Wednesday, 12 December 2012

Cara nak hilangkan rasa mengantuk dalam kelas / study


       Hye assalamualaikum kepada semua pembaca yg setia, malam ni nk update blog sikit sebab rasa da lame x buka. Walaupun rasa penat sikit malam ni sebab ade latihan takraw tadi tapi nk update jugak. hehe. Ok, malam ni bukan nak bercerita pn tapi nk bagi tips sikit tentang cara nak hilangkan rasa mengantuk semasa dalam kelas or tengah study. Korang mesti pernah rasa kan? haha. Tipu kalau x pernah rasa, lebih-lebih lagi masa subjek yg korang paling x suka. huhu..

               
   > Gigit bibir, lidah, jari
Motif gigit kuat-kuat sampai rasa sakit. Bila sakit hilang la sikit mengantuk tu. Tapi x tahan lama jugak. Dalam 5 minit hilang la mengantuk tu. Kalau kamu nak lagi best pegi kelas bawak jarum cucuk je kat jari. hahaha. Biar sakit asal x tido dalam kelas. Ehh kejam pulak tips aku ni. ok, kalau x sanggup jangan buat..!!
   >Makan asam masin
Orang cakap nak hilang mengantuk makan gula-gula. Tapi belum lumat gula-gula tu aku kunyah mengantuk aku dah datang balik. Jadi yang lebih berkesan ialah makan asam. Sebabnya mudah je. Asam yang masam menyebabkan deria rasa kita berfungsi dan muka kita akan berkerut melawan rasa masam jadi mengantuk boleh hilang tapi jangan la pulak kamu makan sampai x ingat dunia. Kalau xde asam, kunyah je ape yg patut. haha
AsamBoii

    >Minum air mineral / air kosong
Kajian pakar ada mengatakan, kita memerlukan air kosong paling kurang pun 1 botol air mineral bersaiz besar untuk sehari. Kalau korang minum kurang dari tu, korang akan cepat mengantuk, mudah letih dan paling bahaya kemungkinan korang akan mendapat penyakit. So, minum la air mineral banyak-banyak ye. Tapi korang elakkan dari minum air berkabonat or air bergas. Nak minum boleh je tapi jangan selalu amalkan.

     >Aktif
Ambil bahagian secara aktif dalam sesi pembelajaran. Selalu bertanya atau memberi pandangan. InsyaAllah korang takkan rasa mengantuk kerana otak korang sentiasa digunakan secara aktif dan kreatif. Jangan malu bertanya kalau x paham, malu la kalau fail subjek tu nanti. haha

     >Tidur yang mencukupi
Jangan kurang tidur dan jangan terlebih tidur. Menurut pakar motivasi, beliau mencadangkan agar tidur dalam lingkungan 6 jam. Tidurlah lebih awal dari pukul 10 hingga 5 pagi pada keesokan harinya. Dengan itu korang bolehlah bangun pada awal pagi untuk bersiap apa-apa yang patut. Sebenarnya aku sendiri pn tido lewat, haha. Mungkin dah terbiasa kot tapi korang jangan la ikut aku ok.

      >Faham ape yang lecture ajar
Memang la lecturer biasa mengajar macam dah bagi ceramah kan. Cakap je panjang-panjang. 15 minit pertama semua dah lali. Rasa macam kena dodoi pn ada. Tapi cuba kamu fokus. Tarik nafas, Bukak buku or ambil kertas. Tulis apa yang lecturer cakap. Buat nota ringkas biar kamu faham. Bila dah faham xde la nak tidonya. InsyaAllah.
       >Cuba untuk meminati semua subjek
Jangan benci subjek yang korang tak suka tu. Jangan sesekali korang bencikan cikgu atau lecturer korang. Tak baik, tak berkat ilmu yang korang dapat tu. Biar orang benci kita, jangan kita benci orang. Tapi ikut kajian pakar, orang yang tidak membenci orang lain, orang lain tak akan benci kat dia jugak. Macam tak betul je. Orang yang selalu sangat benci kat orang lain, ramailah orang akan benci kat dia. Kan? entah la tu. :)
       >Berangan sekejap
Berangan atau berkhayal sekejap je tau. Kamu bayangkan je la apa-apa pn. Tengah menari-nari dipadang rumput dengan hero hindustan or korea ke, haha. Yang penting jangan berangan tengah tido dalam bilik. Confirm mengantuk akan lagi bertambah. Tapi jangan la pulak berangan sepanjang kelas. Bila mengantuk dah hilang fokus la balik ye..!!
penat berjaga semalam..!! haha

Monday, 3 December 2012

Untuk Si Gadis - Tanda-tanda Lelaki Sayang



       Assalamualaikum. dah lame x buka blog dan update blogger ni. maklum la, sibuk sikit dengan kerja ngn assignment lagi, dah begelar mahasiswa balik da. huhu. hari ni nk bercerita sikit pasal "tanda-tanda lelaki sayang". Maksudnya seorang lelaki menyayangi kamu la wahai perempuan. 
      Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu. 
       Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.
   
     Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.
         Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.
      Cemburu! Satu sikap yang paling tidak disukai oleh kebanyakan insan yang bercinta. Namun jika diamati, cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah. Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu, tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci. Jika kamu setia padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta! 
      Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi! 
       Kamu pasti pernah melalui situasi di mana teman lelakimu marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya. Jangan risau. Bukan bermakna si dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu, tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. Ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu..

      Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebih-lebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.  
      Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja. 
       Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya. Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya. Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.
Pengorbanan paling besar sekali gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk mu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya. Jadi, HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya.. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI. <3 ^_^
       

Saturday, 24 November 2012

Melancong Ke Langkawi Island


      Hye Assalamualaikum, dah lame x update blogger ni. haha. Sebab malas, banyak keje and ape-2 je la. kali ni nk cerita sikit pasal pegi bercuti kat Langkawi dengan family. hehe. First memang dah rancang lame pn nk pegi tapi sampai sekarang baru dapat sebab family sibuk dengan kerja. Datang perlis pn time nk antar kite je. Tu pn masa awal ngan akhir sem. 
      Pegi sana x lame pn, sekadar melawat je ape yg best kat Langkawi tu. Tiket feri pegi sana kalau yg dewasa RM 18 dan kalau yg budak-2 RM 13. Satu family pegi hari tu 6 orang, aku, mak ngan ayah dan adik-adik. Semua tambang pegi dan balik RM 93, kalau pegi ngn balik darab 2 la. haha. Feri kat jeti Kuala Perlis senang nak dapat sebab tiap-2 jam ade. Dari Kuala Perlis nak sampai Langkawi tu makan masa sejam jgk la baru sampai sana, best jgk naik feri tu sebab x penah naik kan. hehe. 
      Sampai sana x banyak tempat pn pegi sebab x tahu nk tuju kat mana, bukan pernah pegi pn kat sana. First cari kereta sewa ngan motel kat sana mudah je nak dapat, sewa kereta sehari RM 60 je dan sewa motel kat sana RM 120 bilik family semalaman, bilik ok xde masalah, semua kelengkapan cukup baik. Masuk je malam dah mula pegi pusing-2 sambil beli-belah kat sana. banyak tempat jgk kat sana yg boleh shopping. huhu.. 
      Keesokan hari pulak, awal pagi dah bangun exited sangat nk pegi kat dataran helang tu, sampai sana nk bergambar pn susah sebab ramai orang. Ingatkan kite je yg awal, rupanya ade lagi yg awal. haha. Pandai diorang ukir burung helang tu. perh punya la besar. Cantik sangat pemandangan kat situ. 



    Gambar ambik x banyak pn. X sempat pn nk bergambar. haha. hari last, x sempat nk pegi mana-2 pn. Tengahari tu dah nk bertolak balik. Kebetulan tengahari tu hujan. emm masalah x boleh pegi mana-2 la. best sangat pegi sana walaupun sekejap itu pn dah cukup gembira dapat jalan-2 ngan family. InsyaAllah kalau ade masa lagi kami akan datang lagi. :) confirm mesti datang lagi.

 Gambar saya. huhu. hero dalam keluarga Samshudin. haha. :D
       Plan dengan member-2 kalau duit pinjaman masuk nk datang lagi kat Langkawi tu, tapi entah la jadi ke tak. Kalau nk pegi sana mesti awal sem or akhir sem je sebab x sibuk ngn kelas or ape-2 ke. Dapat la pegi jalan-2 sampai puas baru enjoy kan. haha. bak kata "jauh perjalanan luas pemandangan". Kali ni kalau dapat pegi, satu Langkawi nak pusing. hehe. InsyaAllah kalau ade rezeki. !! bawa balik coklat daim banyak-2 sebab kat sini xde.
                             

Sunday, 4 November 2012

UniMAP sapu bersih pingat emas tenis Sukipt



Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mencipta kejayaan besar apabila mendominasi kesemua lima pingat emas pada acara tenis temasya Sukan Institusi Pengajian Tinggi (Sukipt). 
Pada acara di Gelanggang Tenis Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini, Unimap menambah lagi tiga pingat emas melalui pemain tenis kebangsaan, Jawariah Noordin bagi perseorangan dan beregu wanita serta Syed Mohamad Aqil Syed Naquib dalam acara perseorangan lelaki. 
Semalam, Unimap sudah meraih dua pingat emas menerusi gandingan Syed Mohamad Aqil dengan Jawariah bagi acara beregu campuran dan pasangan adik-beradik Muhammad Faiz dan Muhammad Fazree Said dalam acara beregu lelaki.
"Syukur kerana sasaran lima pingat emas tercapai. Tidak dinafikan kami mempunyai pemain kebangsaan dan itu kelebihan pada Unimap. Namun kita tidak memandang rendah pemain IPT yang lain kerana perlawanan memang sengit. Semua pemain berkebolehan. 
"Kemungkinan empat pemain lelaki universiti ini akan dipilih mewakili Malaysia ke temasya Sukan Universiti Asean (AUG) di Laos bulan depan, namun belum lagi muktamad," kata pengurus pasukan tenis Unimap, Amir Ahmad, yang menambah bahawa kejayaan diperoleh hasil komitmen pemain dan sokongan kuat pelajar universiti berkenaan. 
Pada hari terakhir acara tenis hari ini, Jawariah berjaya menewaskan pemain Universiti Malaysia Sabah, Shirley Ling Shio Ling dalam set terus 6-0 dan 6-0.
Pingat gangsa menjadi milik Syarifah Syafeenaz Syed Azmir dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) selepas menewaskan Adelle Boey dari Universiti Help 6-4 dan 6-0. 
Dalam acara beregu wanita, Jawariah yang bergandingan dengan Nur Afifah Syakirah Hassan menewaskan gandingan Adelle Boey-Denise Thng dari Universiti HELP, 6-4 dan 6-2 untuk pingat emas ketiga bagi dirinya.
Pasangan Qistina Hassan-Farah Hamima Karim dari UiTM meraih pingat gangsa selepas menewaskan rakan sepasukan Dayang Zulaikha Nadhira-Rose Shamiza, 6-2, 6-2. 
Sementara itu, Syed Mohamad Aqil menyumbang pingat emas kelima buat Unimap selepas menewaskan pemain Universiti Nottingham Malaysia Campus (UNMC), Ruchika Amresh dari Sri Lanka, 6-4, 6-2 dalam acara perseorangan lelaki. 
Pingat gangsa menjadi milik Kevin Loke Ke Wei dari Universiti Help yang menewaskan Syed Azahar Syed Naquib dari UiTM 6-3, 7-6
Tahniah UniMAP. 

Tuesday, 23 October 2012

Festival Konvokesyen ke-7 UniMAP






   
Geng2 kita orang dalam kumpulan kebudayaan UniMAP, persembahan yang kami buat masa festival konvokesyen ke-7 ialah dikir barat. Walaupun latihan kurang tapi kami berjaya lakukan yang terbaik. Insyaallah dikir barat ini akan terus berkekalan !!

Sunday, 21 October 2012

Cuti Semester Yang Membosankan


      
      hari demi hari begini la hidup seorang hamba Allah ni..cuti semester ke-3 telah bermula. dah seminggu lebih ada kat rumah tanpa kerja nk buat, tiap2 hari kerja makan, main games, online and tidur je. haha. sebelom balik kg hari tu bukan main seronok lagi rasa x sabar2, kononnya rindu kat kg. Sampai kg je bukan ade apa pn selain jumpa family dengan jiran2. memang best ada kat kg ni sebab bukan selalu balik masa belajar. dah banyak perubahan yang ada, x macam dulu. nak cuba cari kerja, niatnya nak kumpul duit la..kerja dah ada dengan mak sedara tu tapi dengar cite dia pn dah nak berhenti kerja dekat tempat tu, alahai naseb la, nk buat mcm mana kan. memang susah nk cari kerja lain sebab sekarang ni dah masuk musim hujan, pagi petang malam hujan je sampai nak keluar rumah pn susah. Ermm, nk hilangkan bosan yg melanda. laptop la yg jadi mangsa. on 24 jam sehari. online and main games tu dah masak dalam diri ni. haha. kalau masuk bilik memang susah da nk keluar sampai makan pn mak tolong ingatkan, cuba sesuatu yang baru dalam hidup ni memang best kan. hehe ~