Welcome to My Blogger, Lepas baca tinggalkan komen dan like-like sikit. Hehe. Jangan lupa Follow kita taw. Butang follow kat atas sebelah kiri ye ^_^"




Saturday, 24 November 2012

Melancong Ke Langkawi Island


      Hye Assalamualaikum, dah lame x update blogger ni. haha. Sebab malas, banyak keje and ape-2 je la. kali ni nk cerita sikit pasal pegi bercuti kat Langkawi dengan family. hehe. First memang dah rancang lame pn nk pegi tapi sampai sekarang baru dapat sebab family sibuk dengan kerja. Datang perlis pn time nk antar kite je. Tu pn masa awal ngan akhir sem. 
      Pegi sana x lame pn, sekadar melawat je ape yg best kat Langkawi tu. Tiket feri pegi sana kalau yg dewasa RM 18 dan kalau yg budak-2 RM 13. Satu family pegi hari tu 6 orang, aku, mak ngan ayah dan adik-adik. Semua tambang pegi dan balik RM 93, kalau pegi ngn balik darab 2 la. haha. Feri kat jeti Kuala Perlis senang nak dapat sebab tiap-2 jam ade. Dari Kuala Perlis nak sampai Langkawi tu makan masa sejam jgk la baru sampai sana, best jgk naik feri tu sebab x penah naik kan. hehe. 
      Sampai sana x banyak tempat pn pegi sebab x tahu nk tuju kat mana, bukan pernah pegi pn kat sana. First cari kereta sewa ngan motel kat sana mudah je nak dapat, sewa kereta sehari RM 60 je dan sewa motel kat sana RM 120 bilik family semalaman, bilik ok xde masalah, semua kelengkapan cukup baik. Masuk je malam dah mula pegi pusing-2 sambil beli-belah kat sana. banyak tempat jgk kat sana yg boleh shopping. huhu.. 
      Keesokan hari pulak, awal pagi dah bangun exited sangat nk pegi kat dataran helang tu, sampai sana nk bergambar pn susah sebab ramai orang. Ingatkan kite je yg awal, rupanya ade lagi yg awal. haha. Pandai diorang ukir burung helang tu. perh punya la besar. Cantik sangat pemandangan kat situ. 



    Gambar ambik x banyak pn. X sempat pn nk bergambar. haha. hari last, x sempat nk pegi mana-2 pn. Tengahari tu dah nk bertolak balik. Kebetulan tengahari tu hujan. emm masalah x boleh pegi mana-2 la. best sangat pegi sana walaupun sekejap itu pn dah cukup gembira dapat jalan-2 ngan family. InsyaAllah kalau ade masa lagi kami akan datang lagi. :) confirm mesti datang lagi.

 Gambar saya. huhu. hero dalam keluarga Samshudin. haha. :D
       Plan dengan member-2 kalau duit pinjaman masuk nk datang lagi kat Langkawi tu, tapi entah la jadi ke tak. Kalau nk pegi sana mesti awal sem or akhir sem je sebab x sibuk ngn kelas or ape-2 ke. Dapat la pegi jalan-2 sampai puas baru enjoy kan. haha. bak kata "jauh perjalanan luas pemandangan". Kali ni kalau dapat pegi, satu Langkawi nak pusing. hehe. InsyaAllah kalau ade rezeki. !! bawa balik coklat daim banyak-2 sebab kat sini xde.
                             

Sunday, 4 November 2012

UniMAP sapu bersih pingat emas tenis Sukipt



Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mencipta kejayaan besar apabila mendominasi kesemua lima pingat emas pada acara tenis temasya Sukan Institusi Pengajian Tinggi (Sukipt). 
Pada acara di Gelanggang Tenis Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini, Unimap menambah lagi tiga pingat emas melalui pemain tenis kebangsaan, Jawariah Noordin bagi perseorangan dan beregu wanita serta Syed Mohamad Aqil Syed Naquib dalam acara perseorangan lelaki. 
Semalam, Unimap sudah meraih dua pingat emas menerusi gandingan Syed Mohamad Aqil dengan Jawariah bagi acara beregu campuran dan pasangan adik-beradik Muhammad Faiz dan Muhammad Fazree Said dalam acara beregu lelaki.
"Syukur kerana sasaran lima pingat emas tercapai. Tidak dinafikan kami mempunyai pemain kebangsaan dan itu kelebihan pada Unimap. Namun kita tidak memandang rendah pemain IPT yang lain kerana perlawanan memang sengit. Semua pemain berkebolehan. 
"Kemungkinan empat pemain lelaki universiti ini akan dipilih mewakili Malaysia ke temasya Sukan Universiti Asean (AUG) di Laos bulan depan, namun belum lagi muktamad," kata pengurus pasukan tenis Unimap, Amir Ahmad, yang menambah bahawa kejayaan diperoleh hasil komitmen pemain dan sokongan kuat pelajar universiti berkenaan. 
Pada hari terakhir acara tenis hari ini, Jawariah berjaya menewaskan pemain Universiti Malaysia Sabah, Shirley Ling Shio Ling dalam set terus 6-0 dan 6-0.
Pingat gangsa menjadi milik Syarifah Syafeenaz Syed Azmir dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) selepas menewaskan Adelle Boey dari Universiti Help 6-4 dan 6-0. 
Dalam acara beregu wanita, Jawariah yang bergandingan dengan Nur Afifah Syakirah Hassan menewaskan gandingan Adelle Boey-Denise Thng dari Universiti HELP, 6-4 dan 6-2 untuk pingat emas ketiga bagi dirinya.
Pasangan Qistina Hassan-Farah Hamima Karim dari UiTM meraih pingat gangsa selepas menewaskan rakan sepasukan Dayang Zulaikha Nadhira-Rose Shamiza, 6-2, 6-2. 
Sementara itu, Syed Mohamad Aqil menyumbang pingat emas kelima buat Unimap selepas menewaskan pemain Universiti Nottingham Malaysia Campus (UNMC), Ruchika Amresh dari Sri Lanka, 6-4, 6-2 dalam acara perseorangan lelaki. 
Pingat gangsa menjadi milik Kevin Loke Ke Wei dari Universiti Help yang menewaskan Syed Azahar Syed Naquib dari UiTM 6-3, 7-6
Tahniah UniMAP.