> Gigit bibir, lidah, jari
Motif gigit kuat-kuat sampai rasa sakit. Bila sakit hilang la sikit mengantuk tu. Tapi x tahan lama jugak. Dalam 5 minit hilang la mengantuk tu. Kalau kamu nak lagi best pegi kelas bawak jarum cucuk je kat jari. hahaha. Biar sakit asal x tido dalam kelas. Ehh kejam pulak tips aku ni. ok, kalau x sanggup jangan buat..!!>Makan asam masin
Orang cakap nak hilang mengantuk makan gula-gula. Tapi belum lumat gula-gula tu aku kunyah mengantuk aku dah datang balik. Jadi yang lebih berkesan ialah makan asam. Sebabnya mudah je. Asam yang masam menyebabkan deria rasa kita berfungsi dan muka kita akan berkerut melawan rasa masam jadi mengantuk boleh hilang tapi jangan la pulak kamu makan sampai x ingat dunia. Kalau xde asam, kunyah je ape yg patut. haha
![]() |
AsamBoii |
>Minum air mineral / air kosong
Kajian pakar ada mengatakan, kita memerlukan air kosong paling kurang pun 1 botol air mineral bersaiz besar untuk sehari. Kalau korang minum kurang dari tu, korang akan cepat mengantuk, mudah letih dan paling bahaya kemungkinan korang akan mendapat penyakit. So, minum la air mineral banyak-banyak ye. Tapi korang elakkan dari minum air berkabonat or air bergas. Nak minum boleh je tapi jangan selalu amalkan.
>Aktif
Ambil bahagian secara aktif dalam sesi pembelajaran. Selalu bertanya atau memberi pandangan. InsyaAllah korang takkan rasa mengantuk kerana otak korang sentiasa digunakan secara aktif dan kreatif. Jangan malu bertanya kalau x paham, malu la kalau fail subjek tu nanti. haha
>Tidur yang mencukupi
Jangan kurang tidur dan jangan terlebih tidur. Menurut pakar motivasi, beliau mencadangkan agar tidur dalam lingkungan 6 jam. Tidurlah lebih awal dari pukul 10 hingga 5 pagi pada keesokan harinya. Dengan itu korang bolehlah bangun pada awal pagi untuk bersiap apa-apa yang patut. Sebenarnya aku sendiri pn tido lewat, haha. Mungkin dah terbiasa kot tapi korang jangan la ikut aku ok.
>Faham ape yang lecture ajar
Memang la lecturer biasa mengajar macam dah bagi ceramah kan. Cakap je panjang-panjang. 15 minit pertama semua dah lali. Rasa macam kena dodoi pn ada. Tapi cuba kamu fokus. Tarik nafas, Bukak buku or ambil kertas. Tulis apa yang lecturer cakap. Buat nota ringkas biar kamu faham. Bila dah faham xde la nak tidonya. InsyaAllah.>Cuba untuk meminati semua subjek
Jangan benci subjek yang korang tak suka tu. Jangan sesekali korang bencikan cikgu atau lecturer korang. Tak baik, tak berkat ilmu yang korang dapat tu. Biar orang benci kita, jangan kita benci orang. Tapi ikut kajian pakar, orang yang tidak membenci orang lain, orang lain tak akan benci kat dia jugak. Macam tak betul je. Orang yang selalu sangat benci kat orang lain, ramailah orang akan benci kat dia. Kan? entah la tu. :)>Berangan sekejap
Berangan atau berkhayal sekejap je tau. Kamu bayangkan je la apa-apa pn. Tengah menari-nari dipadang rumput dengan hero hindustan or korea ke, haha. Yang penting jangan berangan tengah tido dalam bilik. Confirm mengantuk akan lagi bertambah. Tapi jangan la pulak berangan sepanjang kelas. Bila mengantuk dah hilang fokus la balik ye..!!
![]() |
penat berjaga semalam..!! haha |